Posts Tagged With: jihad

Rasulullah Melarang Berjihad Orang yang Menyakiti Tetangganya


Dikeluarkan oleh Thabrani dalam Al Ausath dari Abdullah bin Umar r.huma, katanya: Rasulullah saw berangkat dalam satu peperangan dan beliau bersabda, “Orang-orang yang telah menyakiti tetangganya tidak boleh menyertai kita pada hari ini.”

Maka seorang lelaki dari mereka berkata, “Aku telah buang air kecil di ujung tembok tetangaku.”

Rasulullah saw bersabda, “Karena itu, janganlah kamu menyertai kami pada hari ini.”

Iklan
Categories: Adab-Adab, Muzakarah Dakwah | Tag: , | Tinggalkan komentar

Malfuudzat 16


Beliau berkata, ”Sebelum hijrah, di Mekkah dakwah Rasulullah saw ialah buat gasyt berjumpa manusia. Selepas hijrah ke Madinah, Baginda tidak lagi membuat cara seperti di Mekkah. Malah kebanyakan masa Baginda di Masjid Nabawi, apabila Baginda telah dapat sediakan jemaah untuk berdakwah dan dihantar keluar dari Madinah. Kemudian di Masjid Nabawi (sebagai markaz) Baginda menentukan sasaran dakwah serta memberi tugas berdakwah kepada mereka yang bersedia.

Demikian juga di zaman Umar ra, beliau hanya tinggal di Masjid Nabawi (markas) dan menghantar jemaah yang telah bersedia ke Iran, Roma dan tempat-tempat lain demi meninggikan Kalimah Allah dan Jihad Fi Sabilillah dalam jumlah ribuan orang. Pada masa itu sangat penting Umar ra berada di Masjid Nabawi untuk mengetahui dan mengawal Dakwah ilallah dan Jihad Fi Sabilillah.”

Categories: Tertib Dakwah | Tag: , | Tinggalkan komentar