Posts Tagged With: Alami

Pimpinan Jamaah


Antara Amir Jemaah VS Syura Alami

Sebelum meninggalnya Hazat Maulana In’amul Hassan, di Mekah, Hazratji telah memilih 10 orang untuk menjadi ahli syura yang akan bermusyawarah bagaimana usaha yang mulia ini harus dijalankan apabila beliau meninggal dunia. Apabila Hazratji meninggal dunia pada tahun 1995, semua 10 ahli syura ini telah bermusyawarah dan mereka bulat suara telah bersetuju bahawa usaha yang mulia akan berjalan melalui musyawarah ijtimai dengan melantik seorang dari antara mereka menjadi amir musyawarah. Mereka juga bulat suara bersetuju bahawa selepas Hazrat In’amul Hassan tidak akan ada Hazratji dan tidak akan ada Bai’ah.

“Mereka juga telah melantik 3 orang diantara mereka untuk menjadi syura Nizammudin dan akan bergilir menjadi amir musyawarah selama 3 hari. Syura Nizammuddin ini dilantik untuk hanya menguruskan amalan yang berjalan di Masjid Banglawali di Nizammuddin dan bukan untuk bergilir menjadi Hazratji. Jika untuk menjadi Hazratji maka tidak akan dipilih 3 orang untuk bergilir menjadi amir musyawarah di Nizammuddin tetapi akan dipilih hanya seorang untuk menjadi amir musyawarah di Nizammuddin dan apabila mereka berkumpul di Tongi, Raiwind dan di Mekkah yang menjadi amir musyawarah di Nizammuddin tentulah akan menjadi amir musyawarah ketika mereka bermusyawarah di Tongi, Mekkah, dan di Raiwind.”

“Ketika mereka berkumpul di Tongi, Raiwind, dan di Mekkah yang menjadi amir musyawarah adakala Mufti Zainal Abidin dan adakala Bhai Abdul Wahab dan bukan salah seorang dari mereka yang diputuskan untuk menjadi syura Nizammuddin. Ini membuktikan Maulana Saad, Maulana Zubair, dan Maulana Izhar tidak dilantik oleh eldest kita untuk menjadi Hazratji bergilir tetapi untuk menjadi syura Nizammuddin.”

“Apabila 8 dari 10 yang dilantik untuk menjadi syura alami telah meninggal dunia maka Bhai Abdul Wahab mau meneruskan apa yang telah dibuat oleh Hazraji Maulana In’amul Hassan dengan menambah jumlah syura alami dan syura Nizammddin. Setelah Bhai Abdul Wahab bermusyawarah dengan semua eldest termasuk Maulana Saad, mereka secara ijtimai bersetuju untuk menambah 13 orang untuk menjadi syura alami dan 4 orang untuk menjadi syura Nizammuddin. Ia menjadi masalah dan krisis apabila Maulana Saad tidak bersetuju dengan keputusan itu.”

“Maulana Saad tidak mau syura alami dan beliau pulang ke Nizammuddin dan beliau melantik syura Nizammudin yang amir musyawarahnya hanya beliau dan beliau juga menambah beberapa orang lagi termasuk anak beliau untuk menjadi syura Nizammuddin. Akibatnya, Maulana Saad berkeras untuk menjadi Hazratji dan tidak mahu taat pada keputusan ijtimai eldest yang lain. Dengan dibantu oleh orang Mewat yang memang mau Maulana Saad untuk menjadi Hazratji, maka berlakulah pergaduhan besar di Nizammuddin pada bulan puasa 1438 H yang lepas yang mengakibatkan hampir 14 orang cedera parah dan polis mengawal Masjid dan masjid ditutup untuk beberapa hari. Ijtima Raiwind yang lepas semua elders kecuali Maulana Saad hadir dan pada Tonggi yang lepas semua elders tidak hadir kecuali Maulana Saad.”

 

Antara Keputusan Musyawarah Raiwind ialah:

a) Ketaatan dlm usaha agama adalah kepada Syura ‘Alami yakni Hj Abdul Wahhab sab, Maulana Ibrahim Db, Maulana Yakkub dan lain-lain yang berpegang kepada manhaj 3 Hadzratji yakni Maulana Ilyas Rah., Maulana Yusuf Rah., dan Maulana In’amul Hassan Rah.

b)Maulana Saad adalah diantara Syura alami juga,dan bukan lah ianya telah dilantik sebagai Hadraji.

Dan setiap perkara hendaklah diputus dalam musyawarah bersama Syura alami yang diputuskan asal oleh Hadraji M .In’amul Hassan dan disempurnakan syura alami itu oleh Mutaram  Abdul Wahab Sab. 13 orang termasuk Maulana Ahmad Lat, M. Ibrahim, M. Saad dan lain-lain iaitu 5 dari Nizamuddin, 5 Pakistan Dan 3 dari Kakril

c) Ketika keluar jamaah tidak ada ‘amalan DTI @ Amalan Memakmurkan Masjid kerana tertib ini tidak ada di zaman 3 Hadzratji.

d) Kitab Muntakhab Ahaadits hanya boleh dibaca secara infradi, bukan semasa majlis ta’alim ijtima’i.

e) Tidak ada 5 ‘amal rumah kerana ini tidak ada di zaman 3 Hadzratji, yang ada hanya Taklim kitabi dan muzakarah 6 sifat.

 

Categories: musyawarah | Tag: , , | 4 Komentar