Nasehat Maulana Utsman Bhilvan Palanpuri.

Nasihat Maulana Osman Bhilvan Palanpuri, Nerul Markaz, Mumbai (Januari 2020)

Nasehat Maulana Utsman Bhilvan Palanpuri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bila kita berdepan dengan orang-orang yang berhubung (bertanya) dengan kita, perkara pertama (1) yang perlu kita terangkan adalah, bila kerja kita dibuat mengikut tertib dan nehej tiga Hadrat ji, kebaikan telah tersebar di seluruh dunia. Dan iman telah tersebar di seluruh dunia. Karkuzarinya (tentang kebaikan ini) telah diketahui secara umum. Bagi ulama’, mashaikh, karkun lama, dan orang baru, yang telah menjalankan kerja agama mengikut tertib itu, mereka bersepakat tidak ada apa perkara yang perlu dipertikaikan. Tetapi bila tertib baru mula diperkenalkan seperti di Sri Lanka, di negara negara Arab seperti di Kuwait dan Sudan, usaha di sana telah mula terhapus (menjadi lemah). Orang lama dan mashaikh, semuanya (secara majoriti) telah mula mempertikaikan mengenai cara, nehej dan bayan mereka.

Perkara kedua (2), seorang telah bertanya Hadrat Maulana Ashraf Ali Thanwi (R Alaih), ‘Hadrat, di tempat saya ada seorang ahlullah dan saya hendak berbaiat dengannya, apakah pandangan tuan?’ Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi (R Alaih) telah menerangkan satu kaedah, yang sesuai untuk setiap orang dan pada setiap zaman. (Beliau berkata) saya tidak kenal ahlullah tersebut, tetapi jika ulama’ bergabung (bersama) dengan dia, maka kamu bersamalah dengan dia. Jika ulama’ tidak bersama dengannya, kamu jangan bergaul dengannya. Usul yang kedua sudah kita ketahui.

Perkara yang ketiga (3), Hadrat Ali (R Anhu) telah bertanya Rasulullah (SAW). “Ya Rasulullah, setelah tuan wafat, jika terdapat keadaan (halat) (yang tidak menyenangkan), masalah, dan kemusykilan, apa yang perlu dibuat? Nabi SAW menyatakan agar membaca Al-Quran dan mengambil panduan daripada Al-Quran. Jika penyelesaiannya tiada di dalam Al-Quran, apa yang harus dilakukan? Bacalah Hadith dan dapatkan panduan daripada Hadith. Jika tidak dapat penyelesaiannya di dalam Hadith, apa yang perlu dilakukan? Kumpulkan para ulama’, fuqaha’, mashaikh dan ahli taqwa. Bentangkan masalah tersebut di hadapan seluruh jemaah tersebut. Bagi menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti melaksanakannya mengikut keputusan yang diputuskan secara beramai-ramai (jemaah) dan jangan mengikuti keputusan yang dibuat berasaskan pandangan atau keputusan seorang (individu) sahaja. Ini adalah usul yang ketiga.

Usul yang keempat (4), ittabi u ala aswadil a’zam. Makna aswadil a’zam adalah ijma’ ulama’. Bilangan yang ramai (majoriti) daripada kalangan orang awam langsung tiada nilai. Tidak boleh dijadikan ikutan. Jumhur atau majoriti ulama’, di mana juga tempatnya, adalah menjadi satu perintah, iaitu Nabi SAW perintahkan untuk mengikuti mereka.

Yang kelima (5) ‘alaikum biljamaah. Kamu mesti berpegang dengan jemaah, iaitu bermashwarah dengan jemaah, dengan fikir jemaah, dan dengan nehej jemaah. Bergerak dengan ijtimaiat. Perkataan/keputusan daripada seorang (individu) bukannya jemaah.

Abdullah bin Masood (RA) berkata, wahai tuan tuan, ikutlah jalan mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Ikutlah jalan mereka yang telah meninggal dunia. Mereka yang masih berada di dalam dunia, pada bila bila masa mereka boleh berada di dalam fitnah.

Percakapan Abdullah bin Masood (RA) ini boleh didapati dalam kitab Hayatus Sahabah, pada bahagian awal kitab sama ada dalam Bahasa Arab atau terjemahannya pun ada.

Bila ada orang yang datang berjumpa tuan-tuan, tanya dia satu soalan, mohon jawapan daripadanya. Tanya orang yang kedua dan minta jawapan daripadanya. Dan, dari sini terangkan kepadanya. Di seluruh dunia, kerja agama di Ceylon (Sri Lanka) telah menjadi rujukan dan contoh. Setelah mereka memulakan tertib baru, usaha telah mati (lemah). Usaha telah terhapus (berkurangan) sehingga datang halat (keadaan tidak baik) di mana kerajaan telah menghalang orang (Islam) tinggal dalam masjid dan tidak membenarkan tidur di waktu malam di masjid.

Sementara usaha agama di Mesir, pada masa ini, dari segi pengorbanan, keluar di jalan Allah dan sifat, menjadi contoh utama bagi usaha ini. Daripada 100 orang yang pernah keluar 4 bulan dan 40 hari, 90 orang masih kekal dalam usaha. Bila kami tanya siapakah mereka yang 10 orang ini? Mereka adalah orang sakit, warga emas yang uzur, atau mereka yang telah berpindah ke tempat lain. Ini bermakna, seratus peratus masih kekal dalam usaha. Mereka menjalankan usaha dengan penuh kefahaman: mereka adalah ahli ilmu. Mereka menjalankan usaha dengan kefahaman dan kekal dalam usaha dengan kefahaman.

Bagi kita di sini, peratusan yang masih buat usaha hanya tinggal 15, 20, atau 25 peratus. Bila kita survei di seluruh negara, dan di negara negara lain, hanya 20 peratus (yang masih kekal dalam usaha). Kita dapati di sesebuah masjid, jika ada 100 orang yang pernah keluar 4 bulan atau 40 hari, hanya 20 orang saja yang masih aktif. Di Mesir, kami dapati pengorbanan, sifat dan kesan usaha agama begitu baik sekali walaupun mereka menghadapi kesusahan dan rintangan daripada pihak kerajaan. Di sebalik kesusahan tersebut, apakah sebabnya (usaha maju di sana)? Mereka berkata kami tidak tinggalkan nehej kerja yang diberikan oleh orang lama kita. Tiada perkara-perkara baru yang diperkenalkan. Apa juga tertib yang disampaikan orang lama, itulah yang kami amalkan. Nada percakapan kami pun penuh dengan ikram, kasih sayang dan lemah lembut.

Sebaliknya, di Sudan, kerajaan telah banyak membantu usaha (agama) di sana dan kerajaan telah memberikan tanah percuma untuk mereka membina markaz, begitu juga menyediakan lampu dan air. Tiada masalah untuk mengadakan perhimpunan sehingga beribu ribu orang. Tetapi, apabila perkara-perkara baru mula diperkenalkan di sana, bagi malam markaz, bila dahulu ada 700 orang telah mengambil bahagian, sekarang hanya tinggal 40-50 orang mengambil bahagian. Dulu pada setiap minggu, 200 jemaah telah keluar, sekarang tinggal 10 jemaah sahaja yang keluar. Pada masa ini (Januari 2020) orang MS telah pergi ke sana bagi mengadakan ijtima’ antarabangsa dan bagi membina markaz antarabangsa. Semoga Allah pelihara umat ini dan usaha agama ini.

Di negara negara yang menjalankan usaha mengikut nehej yang betul, ada bantuan Allah dan Allah pelihara usaha ini. Di tempat yang mana usaha tidak dibuat mengikut nehejnya, telah timbul kekecohan yang besar. Begitu banyak perselisihan. Begitu banyak masalah menimpa dalam negara. Sekarang, di India, lihatlah keadaan di negeri negeri yang menjalankan usaha mengikuti nehej yang betul. Dan bagi tempat yang menerima perkara perkara baru, apakah keadaan di sana? Saya tidak mahu bercerita dengan panjang lebar tentang perkara ini. Mohon sampaikan perkara ini kepada sesiapa yang datang berjumpa tuan. Assalamualaikum

Categories: Bayan | Tinggalkan komentar

Navigasi pos

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: