PEMBENTUKAN SYURA DUNIA & PERBEDAAN SYURA MALAYSIA DAN INDONESIA MENYELESAIKAN KONFLIK

Pembentukan Syura Dunia
=====================

Assalamualaikum wbt,

Kepada rekan-rekan seusaha yang di kasihi, pertama sekali hendaklah kita yakin bahwa setiap sesuatu yang berlaku dengan izin Allah SWT. Setiap peristiwa dalam dunia tidak terjadi dengan sendiri.

Apabila berlaku sesuatu Allah SWT ingin melihat sejauh mana tindak tanduk kita dan setiap tindak tanduk kita akan ada perhitungan di akhirat. Sama ada kita mengikut hawa nafsu maupun kepentingan diri.

Di akhirat besok ditakuti apa yang kita buat selama ini kosong di sisi Allah swt seandainya tiada keikhlasan dan bukan dibuat untuk keridhaan Allah SWT. Allah kurniakan kita akal yang sehat untuk berfikir atas kebenaran.

Kebenaran tak boleh diatasi dengan emosi dan hawa nafsu. Hati manusia sentiasa berkata benar dan tak pernah berbohong walaupun dia seorang kafir. Kita ada pengalaman bila kita buat silap dalam hati kita rasa bersalah iaitu guilty conscious.

Saya menyeru rekan-rekan seusaha seluruh negara membaca keterangan ini dan berfikir sedalam-dalamnya dan selepas itu buatlah keputusan sendiri dan simpan dalam hati tak perlu ajak paksa orang lain supaya berpendirian seperti anda.

Setelah kematian Maulana Zubair rah. syura yg dilantik oleh Hazrat ji rah. Maulana Inamul Hasan hanya tinggal dua orang iaitu Muhtaram Bhai Abd Wahab shb dan Maulana Saad db. Maka kebanyakan orang-orang lama India berpendapat perlu untuk ditambah kembali untuk mengisi kekosongan yang ada.

Pada ijtimak Raiwind 2015 satu mesyuarat diadakan di Raiwind yang dihadiri oleh kebanyakan orang lama India, Pakistan dan Bangladesh. Maka satu keputusan telah dibuat untuk menambah syura menjadi 13 org iaitu 11 yang baru serta 2 yang lama. Syura baru 4 org dari Pakistan, 4 orang dari Nizamudin dan 3 orang dari Kakril. Keputusan itu telah ditandatangani bersama oleh semua orang lama termasuk Hj. Abd Wahab sab.

Satu keputusan penting dibuat iaitu tidak ada apa-apa penambahan usul dibuat tanpa persetujuan mayoritas syura. Cuma Maulana Saad saja yang tidak setuju.

Setelah ijtimak Bhopal ada musyawarah old workers India di Nizamuddin, Maulana Saad sendiri dipihaknya telah melantik 4 orang syura iaitu anaknya Maulana Yusuf yang berumur 20 tahun, Miaji Azmat Mewati, Maulana Abr. Sattar Mewati dan Dr. Abd Alim Aligarh.

Biasanya di Nizamudin kalau Maulana Saad tiada, kerja dikendalikan oleh Maulana Yaakub seterusnya Maulana Ibrahim dan Maulana Ahmad Lat. Seandainya mereka semua tiada, barulah maulana yang ranking lebih bawah mengendalikan kerja. Tetapi bila Maulana Saad keluar safar, beliau melantik Maulana Sharif sebagai pemangku Amir. Begitulah seterusnya bila ketiadaan beliau.

Pertama-tama sekali telah berlaku masalah di Nizamuddin setelah kematian Maulana Zubair. Usaha ini menjadi kelam kabut sehinggalah berlaku perkara yang tidak diingini. Ketika hayat Maulana Zubair juga perasan tak puas hati di kalangan orang lama telah wujud tetapi berjaya dikekang oleh Maulana Zubair iaitu segalanya under control.

Banyak pembaharuan yang dibuat oleh Maulana Saad dalam usaha ini tidak dimusyawarahkan secara ijtimai menyebabkan berlakunya perbedaan cara usaha di kalangan rekan-rekan seusaha. Kalau kita ambil zaman Hazratji Maulana Inamul Hasan Amir yang ketiga yang mana sebahagian besar orang awalin Malaysia sempat bersama beliau lebih kurang 20 tahun.

Semasa Ustaz Rauf memperkenalkan tertib baru dalam usaha antaranya dua setengah jam dalam masjid saja bayan tak perlu tasykil sehingga nenyebabkan rakan seusaha berpecah belah di Malaysia dan perkara ini telah dibawa ke Nizamuddin.

Kalau diperhatikan setiap tahun bila ada musyawarah Malaysia di Nizamuddin kita akan lihat Bhai Wahab, Mufti Zainal Abidin, Bhai Afzal dari Raiwind akan hadir dan juga Hj Abd Muqith Bangladesh akan hadir. Ketika masalah tertib dua jam setengah yang diperkenalkan Ustaz Rauf bawa perpecahan di Malaysia, Hazratji telah meminta orang-orang lama bermuzakarah melibatkan orang Nizamuddin, Maulana Umar Palampuri, Meaji Mehrab, Bhai Wahab, Mufti Zainal Abidin, Hj Abd Muqith maka telah dipersetujui oleh Hazratji tertib 5 amal jemaah masjid iaitu dua setengah jam solid untuk dakwah zikir quran dikira infiradi amal. Musyawarah harian taklim rumah dan Masjid, dua gast, pembentukan jemaah 3 hari bulanan dari tiap masjid.

Tertib ini telah disepakati dan diamalkan di seluruh dunia.Tetapi di zaman Maulana Saad beberapa perkara yang dibawa tapi tak dimusyawarahkan di kalangan eldest antaranya Dakwah, Taklim, Istiqbal bacaan Muntakhab hadis maka perkara ini tidak diamalkan di seluruh dunia dan menyebabkan perpecahan di seluruh dunia malah mengikut Muntakhab tidak di baca di masjid sekitar Basti Nizamudin, Pakistan, England, South Africa tidak membaca Muntakhab. Ada beberapa jemaah Malaysia yang keluar di Pakistan bergaduh dengan jemaah Pakistan yang dibentuk bersama orang Malaysia.

Keadaan di Nizamuddin semakin tidak stabil bila Maulana Saad menolak keputusan Raiwind 2015 malah penyokong Maulana Saad mula mengancam melalui telefon untuk menggunakan kekerasan seandainya mereka yang menandatangani keputusan Raiwind 2015 datang ke Nizamudin.

Sehinggalah pada bulan ramadan 2016 berlaku pertumpahan darah di Nizamudin melibatkan penggunaan gangster. Peristiwa ini telah keluar dalam akhbar-akhbar utama india dan pihak polis telah masuk ke markas membuat siasatan dan menyoal elders kita.

Di bulan ini jugalah elders kita mula meninggalkan Nizamudin iaitu Maulana Yaakub, Maulana Ibrahim dan Maulana Ahmad Lat serta kebanyakan mukimin yang telah buat usaha dari zaman Maulana Yusof rah. meninggalkan markas tetapi mereka tidak meninggalkan usaha ini.

Mereka mengadakan mesyuarat dua bulan sekali di kalangan orang lama India bersama syura baru yang di lantik. Dalam mesyuarat dua bulan sekali ini jemaah dibentuk untuk foreign country dan interstate tanpa melalui Nizamudin. Mereka dipanggil syura alami, sebenarnya tiada nama cuma utk membezakan kedua kumpulan.

Cara Syura Indonesia Menyelesaikan Konflik
=================================

Marilah kita perhatikan sikap syura Msia dan Indonesia dalam menangani isu ini. Apabila perkara ini berlaku, syura Indonesia telah berhimpun dengan semua orang tanggungjawab dari propinsi membincangkan secara terbuka, masing-masing di beri peluang mengutarakan pandangan masing-masing secara bebas dan akhirnya Pak Cecep telah membuat keputusan iaitu kita anggaplah perbalahan ini seperti ibu dan ayah dan kita anak-anak tidak berhak untuk menyebelahi mana-mana.

Sebagai anak juga kita tak boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak elok kepada mak bapak kita. Kemudian rombongan Nizamudin datang ke Indonesia dan menerangkan keadaan yang berlaku bagi pihak Nizamudin di Jakarta.

Kemudian mereka bermesyuarah lagi dan membuat keputusan utk mendengar di pihak syura alami. Mereka buat keputusan untuk hadir jord karkun lama bulan Mac 2017 untuk mendengar hujah di pihak syura alami. Biasalah kalau berlaku apa-apa perselisihan kita kena dengar kedua-dua belah pihak untuk berlaku adil.

Setelah jord Raiwind, mereka menjemput syura alami untuk hadir dalam mesyuarah nasional mereka di Cikampek Jakarta pada penghujung april 2017 supaya semua orang tanggungjawab dan fikirman dapat dengar dari syura alami.

Selepas mesyuarah nasional, mereka telah bermesyuarah dan membuat keputusan untuk merujuk masalah negara mereka kepada syura alami dan mereka tak kan kembali ke Nizamudin selagi elders tidak bersatu.

Buat masa ini negara-negara Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Fiji, South Africa dan beberapa negara afrika, England, Pakistan telah membuat keputusan untuk merujuk masalah mereka kepada syura alami, tidak lagi Nizamudin sehinggalah Maulana Saad bersetuju untuk menerima syura yang di bentuk di Raiwind pada 2015.

Cara Syura Malaysia Menyelesaikan Konflik
================================

Senario syura Malaysia, zaman Hazrat ji Maulana Enamul Hasan perlantikan syura Malaysia dibuat di Nizamudin. Hazrat ji telah minta semua orang lama Malaysia dan syura negeri menulis di atas kertas nama-nama yang dicadangkan kemudian berdasarkan cadangan tersebut keputusan diambil.

Pada awal 90an, 5 orang ahli syura baru dilantik: Dr. Nasuha, Hj. Arshad, Ustaz Mat Said, Sheikh Salem dan Khalid Bhai. Semua orang puas hati tidak ada sesiapa pun protes. Sheikh Salem meninggal dunia begitu juga Khalid Bai. Maka perlantikan dibuat di Tonggi. Empat orang baru dilantik: Ust. Abd Hamid, Hj. Zaid, Mohd Myidin dan Abdullah Chong. Perlantikan yang penuh kontroversi kerana dibuat di Tonggi dan syor orang-orang lama dan syura negeri tidak diambil kira.

Apabila berlaku krisis Nizamudin, Maulana Saad telah menelefon Mohd Mydin dan Abdullah Chong untuk datang ke Nizamudin meminta mereka beri sokongan kepada Maulana Saad. Maulana Syamim pernah berkata orang Malaysia ni kalau dua orang ni bergabung, semua Malaysia akan ikut sebab syura-syura lain jadi pak turut dan kebanyakan syura negeri yes man tak berani berbeza pendapat dengan syura Malaysia.

Zaid, Mydin, Abdullah Chong pergi safar ke Amerika bila balik mereka singgah ijtimak Raiwind tapi tidak tunggu international mesyuarah yang mana kebiasaannya mereka tunggu. Selepas Raiwind mesyuarah, dimesyuarat Malaysia tidak ada slot pun untuk karkuzari keputusan Raiwind.

Selepas mesyuarat Malaysia, Abdullah Chong telah bawa 20 orang kafilah Malaysia termasuk Maulana Seri Petaling yang selalu naik mimbar untuk bayan, malah ada orang sponsor free tiket untuk ke Nizamuddin. Bila balik mereka panggil mesyurat tergempar seluruh Malaysia.

Dalam mesyuarat itu ada fikirman syorkan untuk bentang keputusan Raiwind, tetapi mereka tidak benarkan malah Maidin kata syura alami tak valid/sah dan semua arahan mereka tak valid. Ustaz-ustaz Seri Petaling jadi panglima, mereka bayan mula menjurus kepada kempen Maulana Saad Hazratji dan hanya Nizamudin yang perlu ditaati.

Bayan six point dan akhirat sudah tidak ada, Syura-syura negeri yang di Sabah yang tidak bersetuju dengan mereka dipecat. Tabligh sudah jadi seperti sebuah parti politik.

Dari Fxxxxxxxxx
__________________________________

Semoga Allah swt tunjukkan perkara yang haq

Iklan
Categories: Tertib Dakwah | Tag: , , , | 1 Komentar

Navigasi pos

One thought on “PEMBENTUKAN SYURA DUNIA & PERBEDAAN SYURA MALAYSIA DAN INDONESIA MENYELESAIKAN KONFLIK

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam

    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik

    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan

    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

w

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: