Daily Archives: 10 Agustus 2017

Masyaikh Jamaah Tabligh


Muhtaram H. Abdul Wahab Sab DB

Haji Abdul Wahhab, DB.

H. Abdul Wahab Sab lahir pada 1922 (95 thn) di New Delhi. Menamatkan pengajian di Islamia College Lahore dan bertugas sebagai majistret di bagian kutipan cukai sehingga tahun 1944 dimana beliau telah bersohbah dengan pengasas Tabligh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi Rah.

Beliau antara 5 orang pertama yg berbaiat utk memberi seluruh kehidupan dalam usaha Tabligh. Beliau juga adalah Khalifah 4 tarekat kepada Maulana Shah Abdul Qadir Raipuri iaitu ulama besar India dan juga masyaikh Jamaah Tabligh.

Beliau antara masyaikh Tabligh yg sempat bersohbah dengan tiga Hadraji iaitu Maulana Muhammad Ilyas, Maulana Muhammad Yusuf, Maulana In’amul Hasan Kandahlawi Rah.

Beliau menggantikan H. Muhammad Basyir sebagai amir jamaah Tabligh Pakistan sehingga ke hari ini. Beliau juga adalah ahli majlis syura alami (syura dunia) yg pertama dalam Jamaah Tabligh yg terdiri drp 8 orang yg dilantik oleh Maulana In’amul Hasan Rah iaitu:

  1. Maulana Said Ahmad Khan, Rah.A.
  2. Maulana Izhar, Rah.A.
  3. Maulana Umar Palampuri, Rah.A.
  4. Maulana Mufti Zainal Abidin, Rah.A.
  5. H. Abdul Wahab, DB
  6. Maulana Zubairul Hasan, Rah.A.
  7. H. Muqit, Rah.A.
  8. Bhai Afzal, Rah.A.

Dan ditambah lagi 2 orang atas Usulan orang-orang lama iaitu:

  1. Miaji Mehrab, Rah.A.
  2. Maulana Saad Kandahlawi, DB.

Pada tahun 2014, beliau disenaraikan sebagai orang yg 10 dalam The Muslim 500 iaitu 500 org islam yg berpengaruh dalam dunia Islam sekarang kerana penglibatan beliau dalam Jamaah Tabligh.

Pada tahun 2015, Hj Abdul Wahab sebagai faisala dalam musyawarah orang-orang lama di Raiwind telah memutuskan untuk menyempurnakan ahli syura alami (syura dunia) selepas 8 org syura dunia telah meninggal dunia kepada 13 orang yang terdiri daripada:

  1. Muhtaram Hj Abdul Wahab DB (Raiwind)
  2. Maulana Saad Kandahlawi DB (Nizamudin)
  3. Maulana Ibrahim Dewla DB (Nizamudin)
  4. Maulana Yaakob DB (Nizamudin)
  5. Maulana Ahmad Lat DB (Nizamudin)
  6. Maulana Zuhairul Hasan DB (Nizamudin)
  7. Maulana Nazrur Rahman DB (Raiwind)
  8. Maulana Abdurahman DB (Raiwind)
  9. Maulana Ubaidullah Khursyid DB (Raiwind)
  10. Maulana Ziaul Haq DB(Raiwind)
  11. Qari Zubair DB (Kakrail)
  12. Maulana Rabiul Haq DB (Kakrail)
  13. Bhai Wasiful Islam DB (Kakrail)

Semoga Allah SWT memanjangkan umur H. Abdul Wahab Sab yang merupakan permata bagi umat ini.

 

Iklan
Categories: Tokoh Dakwah | Tag: , , | Tinggalkan komentar