Adab-Adab Bertabligh

Apabila disebut sahaja nama Jemaah Tabligh, kebanyakan dari kita akan berubah sifat serta merta. Ada yang marah2, ada yang mencebik bibir dan tidak kurang juga yang mentertawakan. Ada pula di antara kenalan saya yang menggelarkan barisan jemaah ini sebagai ‘tak balik’ disebabkan perbuatan ahli jemaah atau karkun yang sering keluar beriktiqaf di masjid2 yang dipanggil keluar bertabligh.

Jika ditanya mereka mengapa bersikap sebegitu, berbagai2 jawapan atau fakta2 yang dikeluarkan. Antara yang paling popular adalah karkun2 ini sering dikaitkan dengan kejadian mengabaikan anak isteri dan rumahtangga. Jika dinilai sekali lalu, ada juga benarnya. Memang tidak dinafikan terdapat segelintir karkun yang dipanggil ‘jaws’ yang terlalu ghairah untuk keluar bertabligh hingga mengabaikan keperluan keluarga sendiri.

Persoalannya, apakah benar Jemaah Tabligh ini menyuruh orang mengabaikan keluarganya? Benarkah gerakan yang ditubuhkan oleh yang mulia Sheikhul Hadith Maulana Zakariya rah menyuruh ahlinya mentarbiyah orang ramai sedangkan mereka sendiri ketandusan ilmu agama? Apakah adil untuk menilai sesuatu pergerakan hanya dengan melihat sebahagian kecil ahlinya? Dan lebih perit lagi, benarkah sebagaimana dakwaan sesetengah pihak yang kurang berpengetahuan bahawa pergerakan ini sesat?

Setelah menilai fakta2 yang dibentangkan oleh kebanyakan yang saya temui, kesimpulan yang saya perolehi adalah, keluarnya tuduhan2 sebegini disebabkan oleh keadaan orang ramai yang tidak mengenali apa itu Jemaah Tabligh. Sebagaimana pandangan orang2 tua bahawa jika ke hospital pasti akan dibedah dan dipotong sana dan sini, begitulah juga takutnya masyarakat awam terhadap pergerakan ini.

Maka di kesempatan ini, ingin saya memetik sedikit dari Kitab Fadilat Amal dalam bahagian ‘Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya’ di bawah topik ‘Adab-Adab Tabligh’ karangan Maulana Zakariya rah yang diterjemahkan oleh Lujnah Terjemahan Madrasah Miftahul-Uloom, Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur dan diterbitkan oleh Era Ilmu Sdn. Bhd. untuk tatapan dan penilaian saudara2 yang mulia sekalian. Kitab Fadhilat Amal ini boleh didapati di kebanyakan kedai buku atau markaz2 karkun di seluruh Malaysia.

Suka untuk saya mengingatkan bahawa saya bukan (atau lebih tepat belum lagi menjadi) ahli kepada pergerakan ini. Apa yang saya lakukan ini adalah atas nama cintakan Allah, Rasulullah dan agama yang dibawa oleh Baginda saw serta mereka yang berusaha untuk menjalankan amanah Allah. Bukan maksud meminta anda menyertai pergerakan ini tetapi sekurang2nya cukup sekadar untuk tidak menghalang kerja2 mereka…

*********

ADAB-ADAB TABLIGH

Kerja ini adalah satu ibadat dan kurniaan yang besar dari Allah swt. Kerja ini menyerupai kerja para nabi as. Setakat mana kepentingan sesuatu kerja itu, maka setakat itulah ia memerlukan adab-adab (peraturan, tertib dan kesopanan). Maksud kerja ini bukanlah untuk mengislahkan orang lain tetapi lebih penting untuk mengislahkan diri sendiri, untuk menunjukkan pengabdian kepada Allah swt dan mentaati perintahNya di samping mendapatkan keredhaanNya. Oleh itu, hendaklah mengambil berat dan memberi perhatian terhadap beberapa perkara berikut,

1. Menanggung sendiri sedaya mungkin segala perbelanjaan, sama ada untuk makan minum, tambang dan lain-lain. Sekiranya berkemampuan maka kita boleh membantu rakan-rakan yang kurang mampu.
2. Hendaklah berasa diri kita bertuah apabila dapat memberi khidmat bantuan serta semangat kepada rakan-rakan dan semua orang yang menjalankan kerja yang mulia ini. Janganlah lupa untuk bersopan menghormati mereka.
3. Berhubunglah dengan semua orang Islam dengan penuh tawaduk dan rendah diri. Bercakap dengan mereka dengan lemah lembut dan dengan cara memujuk. Janganlah memandang mana-mana orang Islam dengan pandangan benci dan menghina. Khususnya, janganlah cuai dalam menghormati dan memuliakan para ulama. Sebagaimana kita wajib memuliakan, membesarkan, beradab serta menghormati al-Quran dan hadith, maka demikian jugalah penting bagi kita memuliakan, membesarkan, beradab dan nenghormati para ulama yang mulia yang telah dikurniakan oleh Allah swt dengan nikmat ilmu agama yang agung itu. Menghina para ulama yang haq bererti menghina agama yang akan membawa kapada kemurkaan dan kemarahan Allah swt.
4. Waktu-waktu lapang hendaklah digunakan untuk membaca buku-buku agama serta untuk duduk di samping orang yang taat lagi soleh supaya dapat mempelajari selok belok agama. Dengan ini dapat mengelakkan diri daripada berbohong, mengumpat, bergaduh atau melakukan kemungkaran berfoya-foya. Hendaklah menjauhkan diri daripada perbualan dan perbuatan yang sia-sia, khasnya semasa keluar bertabligh. Sebaliknya, masa-masa itu hendaklah digunakan untuk berzikir, berfikir, berselawat, beristighfar, belajar dan mengajar.
5. Carilah pendapatan yang halal dengan cara-cara yang diharuskan dan kemudiannya belanjakannya dengan jimat cermat dan tunaikanlah hak-hak ahli keluarga dan sanak saudara mengikut hukum syarak.
6. Jangan sentuh perkara-perkara yang boleh menyebabkan pertengkaran dan masalah-masalah furu’ (cabangan) sebaliknya dakwahlah manusia kepada asas tauhid dan sampaikanlah kepada mereka rukun-rukun Islam.
7. Hiasilah segala perbuatan dan perkataan dengan niat yang ikhlas kerana dengan adanya ikhlas, amal yang sedikit pun akan mendatangkan keberkatan dan kebaikan serta hasil yang baik.

Categories: Tertib Dakwah | 5 Komentar

Navigasi pos

5 thoughts on “Adab-Adab Bertabligh

  1. IslamicWarrior

    Assalamualaikum!! Tuan, ada masa lawatilah blog ni yer :
    http://malaykarkun.blogspot.com/

  2. Muhammad Amin

    Bismillah kapan nich tuan2 bagi masa kuruj di kerinci/JAMBI?

    • nawawie

      Salam. akhi, bisa kasih tau alamat lengkap markaz da’wah di jambi?
      Syukron…

  3. Muhaemin

    Yo..tingkatkan pengorbanan agar hidayah cepat tersebar

  4. insyaALLAH 4bln,kpn jema’ah masturah anda ke bengkalis_riau?

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: