Laporan Jemaah Malaysia 4 Bulan ke Germany

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t. Ke hadapan yang mulia syura Malaysia dan rakan-rakan seusaha di seluruh tanah air. Diharap dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa dalam keadaan fikir risau dalam menjalankan usaha atas hidayah. Moga-moga Allah s.w.t terima kita dan jadikan kita asbab hidayah untuk seluruh alam.

Alhamdulillah, berkat fikir dan risau tuan-tuan di sana, jemaah Malaysia pertama ke Germany telah dapat dibentuk dan setakat ini alhamdulillah semua ahli jemaah dlm keadaan sihat dan satu fikir dalam usaha untuk menýempurnakan takaza(kehendak) agama di sini. Sebelum jemaah kami buat persiapan hendak bertolak ke Germany, jemaah kami telah diputuskan ke beberapa tempat di England dan alhamdulillah kami telah dapat buat satu perhimpunan di markaz Dewsbury. Tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk menyempurnakan kehendak agama bagi beberapa buah negara di sekitar Eropah dan Amerika seperti Surinam, Holland, France, South Africa dan lain-lain.

Seramai 70 orang pelajar telah hadir di perhimpunan tersebut yang kebanyakannya adalah post-graduates. 10 jemaah tunai dan jemaah majlis fikir agama telah dibentuk untuk memenuhi kehendak di negara-negara tersebut. Usaha awal pelajar-pelajar Malaysia dahulu sangat dipuji oleh orang-orang England kerana kebanyakan asbab(perantaraan) daripada usaha mereka bermulanya usaha agama di England. Nama-nama seperti arwah Dr Ghani dan yang lain2nya sering disebut dibibir mereka. Selepas perhimpunan tersebut, jemaah kami telah bertolak ke Germany dgn menaiki van dan bersama-sama dgn jemaah kami 3 org Malaysia yang berada di England telah turut serta. Perjalanan kami telah mengambil masa hampir 2 hari.

Germany adalah sebuah negara yg besar dan mempunyai seramai 85 juta orang penduduk dan 6 juta daripada mereka merupakan muslim yg kebanyakannya teridiri drpd org Turki(seramai 3 juta). Penduduk Islam di sini terdiri drpd 99 buah negara. Ada yg drpd Morocco, Algeria, Tunisia, Somalia, Sudan, Nigeria, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Kebanyakan mereka di sini menguasai bahasa German. Dalam satu masjid kami buat majlis fikir agama. 

Orang yg duduk dengar majlis tersebut datang drpd 12 negara. Germany adalah sebuah negara di benua Eropah yg paling ramai penduduknya datang drpd luar negara. Ada lebih kurang 3500 buah masjid di Germany. Usaha jemaah masjid di sini masih di peringkat baru tapi ramai orang yg bagi masa untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Dan jemaah 4 bulan dan 40 hari serta 3 hari keluar drpd masjid mereka masing2 kerana di sini belum ada pusat markaz. Di sini jemaah utk ziarah umumi tidak boleh terlalu ramai (maksimum 4 orang) dan kadang2 kita buat doa manzil pun dlm kenderaan dan dlm masjid. Sepanjang kami di Germany tiap2 masjid ada mengeluarkan jemaah 3 hari. Germany adalah negara yg ketiga terkuat selepas England dan France. Di sini usaha yg paling maju ialah di Berlin. Mesyuarat agama utk seluruh Germany diadakan 3 bulan sekali. Di setiap masjid yg kami pergi, ada saja orang masuk Islam dan sepanjang khuruj kami, seramai 14 orang telah masuk Islam dan 3 drpdnya jemaah sendiri yg ajar mereka ucap syahadah. Boleh dikatakan setiap hari di Germany ini ada org masuk Islam.

Ada yg kami jumpa 2 adik beradik abangnya berumur 18 tahun dan adik perempuannya berumur 15 tahun telah secara sembunyi2 masuk Islam dr pengetahun ibu bapanya dan dia telah buat taklim secara sembunyi bersama adiknya. Apabila dia pergi ke masjid, dia akan memasukkan baju ‘korta'(jubah singkat)nya ke dlm seluar(tuck in) utk mengelakkan ibu bapanya drpd mengetahui yg dia telah masuk Islam. Ada satu lagi yg kami jumpa, di mana hasratnya yg ingin hendak masuk Islam menyebabkan dia telah pergi ke sebuah masjid Turkey dan bertanya tentang Islam tetapi apa yg diberitahu oleh pihak masjid kamu pergilah sendiri ke Mekkah utk balajar Islam dan dia amat kecewa sekali dgn jawapan yg diberikan. Walaupun begitu dia pergi lagi ke sebuah masjid kepunyaan org Morocco di mana dia lihat org di sana bertelagah sesama sendiri dan ini membuatkan dia berasa bingung. Akhir sekali dia pergi ke sebuah masjid yang mana tempat jemaah berkumpul dan dia telah terpegun melihat orang drpd berbilang bangsa dan termasuk jemaah kami orang Malaysia berada di situ dalam keadaan satu hati dan kasih sayang antara satu sama lain dan dia pun berfikir inilah orang Islam yang sebenarnya maka diapun dapat hidayat.

Di satu lagi tempat di Germany(Dusseldorf), kami telah jumpa 2 adik beradik yg telah memeluk Islam yang mana emak mereka adalah orang kristian Kadazan(Sabah) dan bapanya adalah org Germany. Kedua2 mereka ini baru setahun masuk Islam dan Alhamdulillah mereka telah banyak belajar tentang Islam dan berpakaian full-sunnah. Sekarang si abangnya sedang mendapatkan passport utk keluar 4 bulan dan adiknya akan keluar 40 hari dlm masa terdekat. Kesan drpd akhlak mereka berdua, emak mereka akhirnya telah memeluk Islam pada 9 bulan yang lepas selepas bapanya meninggal dunia. Walau bagaimanapun mereka amat bersedih kerana ayah mereka mati tanpa kalimah. Usaha di Germany walaupun masih baru, tetapi nusrah(bantuan) sangat baik di sini. Banyak jemaah drpd Pakistan, Bangladesh, Arab, England, France dan lain-lain begitu juga dgn jemaah masturat (jemaah suami isteri) telah masuk ke Germany utk buat usaha. Di sini ramai karkun (orang yang buat usaha agama) tempatan yang berkahwin dgn org Germany dan ini memudahkan jemaah masturat drpd luar negara datang ke Germany kerana tidak timbul masalah bahasa.Satu laporan jemaah Bangladesh yg keluar di Germany yg mana satu orang pun dlm jemaah itu tidak tahu berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa German. Tetapi dgn fikir dan risau mereka, setiap org yang mereka jumpa mereka telah gunakan bahasa mereka sendiri sehingga dlm satu ziarah umumi yg mereka buat, seramai 22 orang german kulit putih telah ikut mereka pergi ke masjid dan masuk Islam. Setakat ini, apa yg kami nampak, jemaah Malaysia dan masturat (wanita) perlu dihantar ke Germany utk sempurnakan kehendak agama di sini.

Jemaah kami begitu mudah membuat usaha kerana orang tempatan amat menghormati orang Malaysia disebabkan latar belakang kita yang baik dan lemah-lembut sehinggakan org Turkey dan org Arab pun begitu senang dan mesra dgn jemaah kami. Di UK juga, perlunya dihantar jemaah kerana banyaknya kehendak agama terutamanya utk memberi nusrah dlm usaha pelajar postgraduates yg sibuk dgn pelajaran mereka. Akhir kata, doalah utk kami di sini moga2 usaha yg sedikit ini kata org seperti menabur benih dan hasil yg besar akan diperolehi kelak dan jadikan mereka org Germany sebagai asbab hidayat utk seluruh Eropah dan seluruh alam sehingga ke hari kiamat.

Wassalam.

Ahli jemaah:

1. Ust. Shafiee(Kuantan)-Amir jemaah

2. Hj. Othman(Kuantan)

3. Abd. Halim(Kuantan)

4. Hj. Naseem(Kuantan)

5. Hj. Seman(Melaka)

6. Lagimin(Batu Pahat)

 7. Adeli Nawawi(Kuching)

8. Abang Abd Rahman(Kuching)

Jemaah 4 bulan ini dibentuk pada bulan Mei 2003. 

Categories: Laporan Dakwah | 2 Komentar

Navigasi pos

2 thoughts on “Laporan Jemaah Malaysia 4 Bulan ke Germany

  1. Hanafie

    subhanallah berjuang terus, masih banyak saudara kita yang belum mengucap kalimat syahadat, 6 miliar lagi masih kafir dan yang muslim masih banyak yang mengabaikan sholat dan perintah Allah lainnya

  2. Abu Adullah

    Ma shaa Allah. Boleh minta alamat email markaz di germany. Ada teman mau ke sana tepatnya di dresden dan frankfurt dalam waktu dekat ini. Dia perlu informasi ttg makanan halal, mesjid dan amal agama. Jazakallahu khairan katsira

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: