You are currently browsing the category archive for the ‘Laporan Dakwah’ category.
Segala Puji hanya milik Allah SWT semata, Sholawat serta Salam semoga senantiasa tercurah kepada Junjungan Kita Nabi Besar Muhammad saw., keluarga dan sahabatnya.
Sebelum dan sesudahnya saya ucapkan Jazakumullohu Khoirol Jazaa’ atas informasi yang antum berikan. Ini sangat membantu sekali. Semoga ini bukan yang terakhir kalinya.
Mengenai informasi atau karguzari dakwah di Yaman khususnya Darul Musthofa memang saya sendiri belum begitu banyak menyampaikan kecuali hanya beberapa orang ikhwan saja. Dengan alasan bahwa, baik Darul Musthofa maupun kami semua pelajar yang notabene ‘Tabligh’ bisa dikatakn merupakan corak baru bagi Lembaga Pendidikan yang dituju oleh para pelajar ‘Tabligh’ ini.
Assalamu ‘Alaikum Warohmatullohi Wabarokatuh
Segala Puji hanya milik Allah SWT semata, Sholawat serta Salam semoga selalu tercurah kepada Junjungan kita Nabi Besar Muhammad saw.
Sebagai Muqaddimah, kami ucapkan mohon maaf yang sebesar-besarnya atas segala khilaf dan salah, yang disengaja maupun tidak. Bersama dengan ini pula kami ingin memberikan beberapa khabar/karguzari dakwah di Yaman khususnya di madrasah tempat kami belajar. Setelah sekian lama kami tidak dapat memberikan khabar seperti biasa terkecuali dengan beberapa ikhwan itupun melalui YM saja.
Oleh dzul,2005-06-15 11:39:19
Bismillahirohmanirrohim.Im Namen Allahs, des Allarbarmers, des Barmherzigen.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,
Kehadapan syura dan rakan-rakan seusaha semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Ta’ala.
Alhamdulillah, sekarang telah hampir 2 bulan kami dalam perjalanan membuat usaha atas iman serta mencari keredhaan Allah Ta’ala.
Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Illahi kesemua kami dalam keadaan sihat wal’afiat, juga satu hati dan bertambah keakraban serta kasih sayang.
Lapuran kami teruskan di Sehid Samil Masjid, Reutlingen. Sebelum ini tiada jemaah yang pernah buat usaha di masjid ini kerana mereka tidak membenarkan beriktikaf dalam masjid. Alhamdulillah, dengan fikir risau dan usaha karkun tempatan, kami adalah jemaah pertama yang dibenarkan beriktikaf. Walaupun masjid ini dikenali sebagai masjid Turki, tetapi 3 orang karkun tempatan dari Habsyah, AlJaazair dan Pakistan telah berusaha memecahkan benteng pemisahan antara keturunan dengan baik dan penuh hikmah. Natijahnya, masha’Allah, sambutan penduduk tempatan adalah sangat baik dan mereka sangat senang dengan kedatangan kami.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t. Ke hadapan yang mulia syura Malaysia dan rakan-rakan seusaha di seluruh tanah air. Diharap dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa dalam keadaan fikir risau dalam menjalankan usaha atas hidayah. Moga-moga Allah s.w.t terima kita dan jadikan kita asbab hidayah untuk seluruh alam.
Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah pemelihara sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasul s.a.w, para sahabat r.anhum, para tabiin rah. serta seluruh muslimin muslimat dan mukminin mukminat. Alhamdulillah…berkat doa tuan-tuan dan dengan izin Allah swt serta rahmatnya ke atas hambanya yang jahil lagi lemah ini, Allah swt telah pilih kami berlima untuk keluar khuruj di jalan Allah di Pakistan. Saya dan Safri bertolak pada 20 Julai sementara Bukhari, Zuhairi dan Haniff pada 5hb Ogos. Dan tiga orang lagi keluar selama 4 bulan- Sazali, Salehuddin dan Fakhrul.

Komentar Terakhir